Posted by : Masjid Al-Iman Alor Madi
Tuesday, January 1, 2019
Masjid Alor Madi merupakan salah sebuah masjid dalam Negeri Kedah, yang
terletak di dalam mukim Anak Bukit di Bandar Alor Setar. Masjid Alor Madi kini telah
dihiasi oleh dua buah kubah yang berwarna emas kekuningan. Bangunan masjid ini
terletak di antara dua buah kampung iaitu Kampung Seberang Titi Keretapi dan Kampung
Alor Madi. Ia dibina pada tahun 1968.
Imam pertama ialah Tok Haji Hamid bin Mad ‘Aqib (yang meninggal pada tahun 1974).
Beliau merupakan Penghulu Masjid yang kini kita gelar jawatan tersebut sebagai
Pengerusi Masjid. Beliau di antara Orang Sepuluh yang menjaga dan
menguruskan Masjid Alor Madi ketika itu.
Imam kedua diambil alih oleh Ustaz
Haji Adnan bin Haji Ahmad. Beliau ketika itu dibantu oleh dua orang bilal iaitu
Haji Ahmad (lebih dikenali dengan panggilan Pak Mat Yan) dan juga Haji Daud bin
Haji Yusoff serta dua orang siak iaitu Haji Lat bin Man dan Haji Ramli bin Haji Kasa.
Kini tugas imam diambil alih oleh
Ustaz Haji Abdul Razak bin Haji Din, yang sekaligus merupakan Pengerusi Masjid
Alor Madi. Beliau dibantu oleh dua orang bilal iaitu Haji Daud bin Haji Yusoff
dan Haji Ramli bin Haji Kasa. Juga dua orang siak iaitu Shahid bin Haji Ramli
dan Haji Zulkifli bin Md Isa.
Berikut adalah nama pegawai- pegawai masjid dan AJK yang dipilih bagi menggalas amanah sepanjang sesi ini.
ReplyDelete1. Al-Fadhil Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Din
[ Pengerusi Masjid Alor Madi - Tuan Imam ]
2. Al-Fadhil Encik Ahmad Rahmat bin Abdullah
[ Timbalan Pengerusi Masjid Alor Madi ]
Pegawai Masjid Alor Madi :
3. Al-Fadhil Tuan Haji Daud bin Haji Yusoff – Bilal 1
4. Al-Fadhil Encik Takiyuddin bin Haji Abdul Wahid – Bilal 2
5. Al-Fadhil Encik Shahid bin Haji Ramli – Siak 1
6. Al-Fadhil Tuan Haji Zulkifli bin Md Isa – Siak 2
Ahli Jawatan Kuasa Masjid Alor Madi :
7. Al-Fadhil Encik Zamzuri bin Ismail - Setiausaha
8. Al-Fadhil Encik Mohd Zuki bin Husin - Bendahari
9. Al-Fadhil Encik Abdul Rashid bin Din - AJK
10. Al-Fadhil Encik Arifin bin Khalid - AJK
11. Al-Fadhil Encik Jamaluddin bin Haji Lat - AJK