Post Terkini Masjid Alor Madi

Post Terkini!


  • Menghayati Israk Mikraj
    Bersama :
    Syeikh Mohd Nazrul bin Abd Nasir

    Tarikh : 10.02.2023 / 19 Rejab 1444 H
    Hari : Jumaat Malam Sabtu
    Masa : Selepas Solat Maghrib
    Tempat : Masjid Al-Iman Alor Madi Anak Bukit

    Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

    Menghayati Israk Mikraj


  • KHUTBAH & IMAM SOLAT JUMAAT

    Bersama : Al-Fadhil Ustaz Ridzuan As Sudaisi
    [ Jumaat Minggu Kedua / 13 Januari 2023 ]

    Bertempat di :
    Masjid Al-Iman Alor Madi, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah
     
    - Ustaz Ridzuan As-Sudaisi adalah seorang yang memiliki kebolehan membaca Al-Qur'an sebagaimana gaya suara Imam-imam di Masjidil Haram Mekah antaranya seperti bacaan Sheikh Abdul Rahman As-Sudais, Sheikh Saud Asy-Syuraim, Sheikh Maher Al-Muaeqly, Sheikh Mishaary, Sheikh Abdullah Matrood dan ramai lagi..

    Semua Muslimin Dijemput Hadir

    Khutbah Jumaat 13 Januari 2023


  • Forum Perdana Ehwal Islam
    "KELUARGAKU SYURGAKU"

    Hari : Sabtu Malam Ahad
    Tarikh : 17 Disember 2022
    Masa : Selepas Solat Maghrib
    Tempat : Masjid Al-Iman Alor Madi Anak Bukit

    Moderator : Al-Fadhil Ustaz Lutfi Amir bin Saidin

    Ahli Panel :
    Panel 1 : Al-Fadhil Tuan Syeikh Dr. Hazizan bin Md Desa
    Panel 2 : Al-Fadhilah Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail

    Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

    Forum Perdana Ehwal Islam Keluargaku Syurgaku



  • MALAM INI : CERAMAH MAULIDUR RASUL 

    Disampaikan oleh : 
    Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli 

    Hari : Isnin Malam Selasa 
    Tarikh : 24 Oktober 2022 
    Masa : Selepas Solat Maghrib 
    Tempat : Masjid Alor Madi, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah 

    Diiringi oleh : Kumpulan Qasidah Syababul Asyiqin

    Ceramah Maulidur Rasul 1444 H


  • HARI KESIHATAN KOMUNITI MASJID ALOR MADI
    [ Pemeriksaan Kesihatan Bergerak ]
    Hari : Khamis
    Tarikh : 10 Oktober 2019
    Tempat : Masjid Alor Madi Anak Bukit
    Masa : 10:00 Pagi Hingga 3:30 Petang

    Hari Kesihatan Komuniti Masjid Alor Madi 2019


  • Solat Sunat Tarawikh Bersama :
    Al-Fadhil Ustaz Muhammad Suhaimi bin Saad (Abu Mishari)
    Hari : Sabtu & Ahad
    Tarikh : 11 & 12 Mei 2019 Masihi / 6 & 7 Ramadhan 1440 Hijrah
    Tempat : Masjid Alor Madi, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. — with Abu Mishari.

    Solat Sunat Tarawih : Ustaz Muhammad Suhaimi Saad

  • Organisasi Masjid Alor Madi Sesi 2018/2019


    Berikut adalah nama pegawai- pegawai masjid dan AJK yang dipilih bagi menggalas amanah sepanjang sesi ini.

    1. Al-Fadhil Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Din
    [ Pengerusi Masjid Alor Madi - Tuan Imam ]

    2. Al-Fadhil Encik Ahmad Rahmat bin Abdullah
    [ Timbalan Pengerusi Masjid Alor Madi ]



    Pegawai Masjid Alor Madi :

    3. Al-Fadhil Tuan Haji Daud bin Haji YusoffBilal 1

    4. Al-Fadhil Encik Takiyuddin bin Haji Abdul Wahid Bilal 2

    5. Al-Fadhil Encik Shahid bin Haji RamliSiak 1

    6. Al-Fadhil Tuan Haji Zulkifli bin Md Isa Siak 2


    Ahli Jawatan Kuasa Masjid Alor Madi :

    7. Al-Fadhil Encik Zamzuri bin Ismail - Setiausaha

    8. Al-Fadhil Encik Mohd Zuki bin Husin - Bendahari

    9. Al-Fadhil Encik Abdul Rashid bin Din - AJK

    10. Al-Fadhil Encik Arifin bin Khalid - AJK

    11. Al-Fadhil Encik Jamaluddin bin Haji Lat - AJK




    Organisasi Masjid Alor Madi Anak Bukit Alor Setar Kedah


  • Taman Aman terletak di mukim Anak Bukit, dalam bandar Alor Setar. Ia berada di antara dua perkampungan iaitu Kampung Seberang Titi Keretapi dan Kampung Seberang Chegar.

    Manakala Anak Bukit ialah sebuah bandar diraja di Negeri Kedah, Malaysia dan terletak di Kawasan Parlimen Kuala Kedah. Anak Bukit juga merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Kota Setar. Anak Bukit terletak berhampiran dengan Alor Merah dan Kepala Batas iaitu di Lebuhraya Darul Aman. Pekan ini terletak 7 km dari pusat bandar Alor Setar dan dihubungkan dengan Lebuhraya Darul Aman.

    Anak Bukit juga merupakan kawasan baru bagi bangunan pentadbiran Negeri Kedah, Jabatan Pendaftaran Negara, Makkamah Syariah baru dan lain-lain lagi.

    Ia dikenali sebagai bandar diraja Kedah kerana kediaman rasmi Sultan iaitu Istana Anak Bukit terletak di sini. Ia juga merupakan tempat kelahiran Sultan Kedah yang ke-27, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

    Pada Februari 2009, istana melalui satu pembaharuan RM70 juta sempena sambutan ulang tahun ke-50 pemerintahan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, pada tahun 2008. Pembaharuan ini melibatkan pembinaan sebuah bangunan baru yang menempatkan audien baru dan dewan makan yang boleh memuatkan 1400 orang pada satu-satu masa. Ia menggantikan audien yang sedia ada dan dewan makan yang hanya boleh memuatkan kurang daripada 1,000 orang. Bangunan itu telah siap pada Oktober 2007.

    Di belakang istana terdapat satu aliran sungai yang dipanggil Sungai Anak Bukit dan ia mengalir melalui Alor Setar dihubungkan dengan Sungai Kedah (Kedah River) muara Kuala Kedah.

    Terdapat juga zoo mini di tengah-tengah dan flora yang berwarna-warni di taman-taman diraja. Pelawat dibenarkan masuk ke taman-taman diraja.

    Kenali Taman Aman Anak Bukit Alor Setar Kedah




  • Masjid Alor Madi merupakan salah sebuah masjid dalam Negeri Kedah, yang terletak di dalam mukim Anak Bukit di Bandar Alor Setar. Masjid Alor Madi kini telah dihiasi oleh dua buah kubah yang berwarna emas kekuningan. Bangunan masjid ini terletak di antara dua buah kampung iaitu Kampung Seberang Titi Keretapi dan Kampung Alor Madi. Ia dibina pada tahun 1968.

    Imam pertama ialah Tok Haji Hamid bin Mad ‘Aqib (yang meninggal pada tahun 1974). Beliau merupakan Penghulu Masjid yang kini kita gelar jawatan tersebut sebagai Pengerusi Masjid. Beliau di antara Orang Sepuluh yang menjaga dan menguruskan Masjid Alor Madi ketika itu.

                Imam kedua diambil alih oleh Ustaz Haji Adnan bin Haji Ahmad. Beliau ketika itu dibantu oleh dua orang bilal iaitu Haji Ahmad (lebih dikenali dengan panggilan Pak Mat Yan) dan juga Haji Daud bin Haji Yusoff serta dua orang siak iaitu Haji Lat bin Man dan Haji Ramli bin Haji Kasa.

                Kini tugas imam diambil alih oleh Ustaz Haji Abdul Razak bin Haji Din, yang sekaligus merupakan Pengerusi Masjid Alor Madi. Beliau dibantu oleh dua orang bilal iaitu Haji Daud bin Haji Yusoff dan Haji Ramli bin Haji Kasa. Juga dua orang siak iaitu Shahid bin Haji Ramli dan Haji Zulkifli bin Md Isa.

    Sejarah Masjid Alor Madi Anak Bukit Alor Setar Kedah


  • Kampung Seberang Titi Keretapi juga lebih dikenali dengan nama Kampung Seberang Anak Bukit merupakan sebuah kampung yang terletak di Alor Setar. Berada di antara Kampung Alor Madi dan Taman Aman Anak Bukit. Sebuah kampung yang berada dalam negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara.

    Disebut atau dipanggil dengan nama Kampung Seberang Titi Keretapi kerana terdapat titi kereta api merentasi sungai Anak Bukit, yang berada di kampung ini.

    Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai pengeluar padi terbesar, menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi 2017. Salah satu makanan tradisi istimewanya adalah laksa Kedah.

    Kenali Kampung Seberang Titi Keretapi Anak Bukit

  • - Copyright © - Masjid : Alor Madi - Anak Bukit - Alor Setar - Kedah -