Posted by : Masjid Al-Iman Alor Madi
Tuesday, January 1, 2019
Kampung Alor Madi merupakan sebuah kampung yang terletak di mukim Anak Bukit, dalam bandar Alor Setar, merupakan salah satu kampung yang terdapat dalam negeri Kedah Darul Aman. Kampung Alor Madi berada di antara dua buah perkampungan iaitu Kampung Alor Ganu dan Kampung Seberang Titi Keretapi atau dikenali juga dengan nama Kampung Seberang Anak Bukit.
Negeri Kedah pula berada di utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara.
Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai pengeluar padi terbesar, menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi tahun 2017. Salah satu makanan tradisi istimewanya adalah laksa Kedah.
Masjid Alor Madi merupakan salah sebuah masjid dalam Negeri Kedah, yang terletak di dalam mukim Anak Bukit di Bandar Alor Setar. Masjid Alor Madi kini telah dihiasi oleh dua buah kubah yang berwarna emas kekuningan. Bangunan masjid ini terletak di antara dua buah kampung iaitu Kampung Seberang Titi Keretapi dan Kampung Alor Madi. Ia dibina pada tahun 1968.
ReplyDeleteImam pertama ialah Tok Haji Hamid bin Mad ‘Aqib (yang meninggal pada tahun 1974). Beliau merupakan Penghulu Masjid yang kini kita gelar jawatan tersebut sebagai Pengerusi Masjid. Beliau di antara Orang Sepuluh yang menjaga dan menguruskan Masjid Alor Madi ketika itu.
Imam kedua diambil alih oleh Ustaz Haji Adnan bin Haji Ahmad. Beliau ketika itu dibantu oleh dua orang bilal iaitu Haji Ahmad (lebih dikenali dengan panggilan Pak Mat Yan) dan juga Haji Daud bin Haji Yusoff serta dua orang siak iaitu Haji Lat bin Man dan Haji Ramli bin Haji Kasa.
Kini tugas imam diambil alih oleh Ustaz Haji Abdul Razak bin Haji Din, yang sekaligus merupakan Pengerusi Masjid Alor Madi. Beliau dibantu oleh dua orang bilal iaitu Haji Daud bin Haji Yusoff dan Haji Ramli bin Haji Kasa. Juga dua orang siak iaitu Shahid bin Haji Ramli dan Haji Zulkifli bin Md Isa.