Posted by : Masjid Al-Iman Alor Madi
Tuesday, January 1, 2019
Kampung Seberang Titi Keretapi juga lebih dikenali dengan nama Kampung Seberang Anak Bukit merupakan sebuah kampung yang terletak di Alor Setar. Berada di antara Kampung Alor Madi dan Taman Aman Anak Bukit. Sebuah kampung yang berada dalam negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara.
Disebut atau dipanggil dengan nama Kampung Seberang Titi Keretapi kerana terdapat titi kereta api merentasi sungai Anak Bukit, yang berada di kampung ini.
Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai pengeluar padi terbesar, menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi 2017. Salah satu makanan tradisi istimewanya adalah laksa Kedah.
Berikut adalah nama pegawai- pegawai masjid dan AJK yang dipilih bagi menggalas amanah sepanjang sesi ini.
ReplyDelete1. Al-Fadhil Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Din
[ Pengerusi Masjid Alor Madi - Tuan Imam ]
2. Al-Fadhil Encik Ahmad Rahmat bin Abdullah
[ Timbalan Pengerusi Masjid Alor Madi ]
Pegawai Masjid Alor Madi :
3. Al-Fadhil Tuan Haji Daud bin Haji Yusoff – Bilal 1
4. Al-Fadhil Encik Takiyuddin bin Haji Abdul Wahid – Bilal 2
5. Al-Fadhil Encik Shahid bin Haji Ramli – Siak 1
6. Al-Fadhil Tuan Haji Zulkifli bin Md Isa – Siak 2
Ahli Jawatan Kuasa Masjid Alor Madi :
7. Al-Fadhil Encik Zamzuri bin Ismail - Setiausaha
8. Al-Fadhil Encik Mohd Zuki bin Husin - Bendahari
9. Al-Fadhil Encik Abdul Rashid bin Din - AJK
10. Al-Fadhil Encik Arifin bin Khalid - AJK
11. Al-Fadhil Encik Jamaluddin bin Haji Lat - AJK